| Anugerah Pelajar Cemerlang |
| Ahad, 17 Januari 2010 | |
T awau;Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah kepada para pelajar yang cemerlang dalam Akademik dan KoKurikulum dalam tahun 2009 telah diadakan pada 17 Januari 2010 di Dewan Serbaguna Sk.Kg.Titingan Tawau.
Majlis tersebut merupakan aktiviti tahunan bagi sesebuah sekolah untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam Bidang Kurikulum dan Kokurikulum. Dalam ucapan alu-aluan, Puan Samiah Bujing selaku Guru Besar Sk.Kg.Titingan Tawau mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.Darman Shah Hj.Asakil selaku Pegawai Pelajaran Daerah Tawau kerana kesudian beliau meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan majlis tersebut dan seterusnya menjadi perasmi Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar.Seterusnya Puan Samiah Bujing turut memberi penghargaan terima kasih kepada semua kakitangan sekolah kerana telah bertungkus lumus disepanjang tahun 2009 sehingga dapat membantu meningkatan pencapaian akademik para pelajar sekaligus telah meningkatkan pencapaian UPSR tahun 2009. Dalam majlis tersebut, pelbagai anugerah telah disampaikan kepada pelajar di antaranya ialah Anugerah Kurikulum,Kokurikulum dan Nilam.Andik Mohd Khairul Mohamud telah menggondol dua anugerah khas iaitu Anugerah Kurikulum dan Nilam.Manakala Sisra Asyierah Abd Majid telah dianugerahkan Tokoh Kokurikulum bagi Tahun 2009. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh En.Darman Shah Bin Hj.Asakil iaitu Pegawai Pelajaran Daerah Tawau.Dalam ucapannya,beliau mengucapkan tahniah kepada pihak pentadbiran sekolah kerana dapat mengadakan majlis tersebut dengan lebih awal.Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran para ibubapa untuk turut sama memberi pengiktirafan kepada kejayaan anak-anak mereka. |
| No events |
“It is the mark of an educated mind to be able to entertain a thought without accepting it.”
| Depan |
| Berita Dari GB |
| Forum |
| Download |
| Catatan Tetamu |
| Takwim Sekolah |
| Rekod UPSR |
| Weblink |
| Rekod KOKUM |
| Lagu Sekolah |
| Matematik Online |
| Kamus Online |