| Latihan Kepimpinan Pelajar |
| Selasa, 26 Januari 2010 | |
T awau;Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin telah mengadakan motivasi kepimpinan kepada bakal pengawas,ketua kelas dan penolong ketua kelas pada 23 Februari 2010 bertempat di Sk.Kg.Titingan Tawau.
Seramai 158 orang murid yang melibatkan Tahun 1 hingga 6 telah menjalani program tersebut yang bermula pada jam 7.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari.Semua calon pengawas ,ketua kelas dan penolong diwajibkan mengikuti program tersebut sebelum dipilih untuk menjadi pengawas oleh beberapa panel dari Unit Kaunseling dan Unit Disiplin.
Menurut Penyelaras Program bersama iaitu Puan Rosnanie Md Alie dan Cik Anita Hj.Yusop, hanya 62 orang pelajar akan dipilih sebagai pengawas sekolah iaitu dikalangan mereka yang benar-benar menepati kretiria yang telah ditetapkan oleh panel pemilihan.Selain daripada itu,program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bakal-bakal pengawas dan ketua kelas tentang asas kepimpinan dan tugas-tugas utama yang bakal dipertanggungjabkan kepada mereka kelak. Program tersebut turut dijayakan oleh 2 orang guru pelatih KPLI Bimbingan dan Kaunseling iaitu saudara Rahimen Radin dan saudara Danly Mojingkin Injan yang merupakan pelajar dari IPG Tawau.Program tersebut telah disempurnakan oleh Cik Mastura Muhamad iaitu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sk.Kg.Titingan Tawau.Dalam ucapannya, beliau berharap kepada semua pengawas yang telah dilantik agar dapat menjalankan tugas dengan tekun agar dapat membantu pihak sekolah untuk memperbaiki disiplin sekolah ketahap yang cemerlang. |
| No events |
“Catch a man a fish feed him for a day. Teach him how to fish and feed him for life.”
| Depan |
| Berita Dari GB |
| Forum |
| Download |
| Catatan Tetamu |
| Takwim Sekolah |
| Rekod UPSR |
| Weblink |
| Rekod KOKUM |
| Lagu Sekolah |
| Matematik Online |
| Kamus Online |