Skip to content
Anda di laman: Depan
*** Selamat Menjalani Khem Solat Bestari Kepada Semua Pelajar Tahun Empat ***
Kejohanan Olahraga Yang Ke 11
Isnin, 08 Februari 2010
T
awau: Kejohanan Olahraga Sk.Kg.Titingan kali ke 11 telah dilansungkan selama dua hari iaitu pada 30 hingga 31 Januari bersamaan Hari Sabtu dan Ahad dengan penuh gilang gemilang. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh En. Arbayin Abd Rahman Yang Dipertua PIBG SK. Kampung Titingan.

Kejohanan kali ini meyaksikan Rumah Biru yang diketui oleh Pn. Jennifer Peru, mengungguli kejohanan dengan pungutan pingat sebanyak 7 emas, 9 perak dan 2 gangsa. Diikuti pula dengan Rumah Kuning (5 Emas, 5 Perak, 5 Gangsa) dan Rumah Merah (4 Emas, 3 Perak, 9 Gangsa) serta RumahHijau (4 Emas, 3 Perak, 4 Gangsa). Kategori perbarisan menyaksikan persaingan sengit di antara rumah-rumah sukan yang akhirnya dijuarai oleh Rumah Hijau, dikuti dengan Rumah Biru, Rumah Kuning dan Rumah Merah.

Olahragawan dan olahragawati pada tahun ini menyaksikan dua pasangan atlit. Anugerah olahragawan sekolah telah dikongsi bersama oleh adik Amirkan Palson (K 001) dan adik Jasmil Arif (B0 93) dengan masing-masing mendapat 3 emas dan 1 perak. Manakala olahragawati sekolah turut dikongsi bersama oleh adik Noritia Jakaria (H 041) dan adik Nurul Izzatul Ain (B 097) dengan pungutan pingat masing-masing sebanyak 2 emas dan 2 perak.

Kejohanan Olahraga pada tahun ini turut diserikan dengan acara lari berganti-ganti di antara guru-guru rumah sukan. Tidak ketinggalan acara terbuka tarik tali di antara ibubapa dengan guru-guru serta lari bergati-ganti 4 X 50meter. Acara guru rumah sukan telah dijuarai oleh guru-guru dari rumah Merah yang diketuai oleh Cik Anita Yusup. Manakala acara terbuka tarik tali untuk kategori lelaki dan perempuan, kedua-duanya telah dirangkul oleh guru-guru. Johan untuk acara lari berganti-ganti terbuka pula telah disandang oleh barisan pelari yang diketuai oleh Cikgu Abd. Aziz Said. Acara untuk murid-muird Tahap 1 iaitu lari berganti-ganti turut disediakan dan telah diadakan pada hari Jumaat (29hb Januari 2010).

Syabas dan tahniah kepada semua yang berjaya memeriahkan dan menjayakan Kejohanan Olahraga SK. Kampung Titingan Kali Ke-11 pada kali ini, khasnya barisan pentadbir yang diketuai oleh Pn. Samiah Bujing (Guru Besar) yang turut sama turun padang berlari mengikut rumah sukan masing-masing.

 

Video Sekolah


Copyright vEsti24

Newsflash

Buku Profil Murid
Tuan/puan dijemput hadir ke sekolah untuk tujuan menandatangani Buku Profil anak/pelar jagaan tuan/puan pada hari Sabtu bersamaan 26 Jun 2010 bermula jam 7 pagi.


 
Peperiksaan Semester Pertama
Peperiksaan Semester Pertama bagi sesi Tahun 2010 akan dijalankan pada 24 hingga 27 Mei 2010.


 
Khemah Ibadat
Panitia Pendidikan Islam Sk.Kg.Titingan akan mengadakan Khemah Ibadat untuk pelajar Tahun Enam pada 7hb hingga 8hb Mei 2010.


 
Bulan Pusat Sumber
Pusat Sumber Sek.Keb.Kg.Titingan Tawau akan mengadakan Bulan Pusat Sumber bermula pada 14 April hingga 15 Mei 2010.


 
Sukan Tahunan Sekolah
Majlis Sukan Tahunan SK.Kg.Titingan yang ke 11 akan diadakan pada 30 dan 31 Januari 2010 bertempat di Padang SK.Kg.Titingan Tawau.


 
Hari Ucapan & Penyampaian Hadiah
Majlis Hari Ucapan dan AnugeraH Pelajar Cemerlang Sek.Keb.Kg.Titingan akan diadakan pada 17hb Januari 2010 di Dewan Serbaguna sekolah.


 
Latihan Dalam Perkhidmatan
Warga Sk.Kg.Titingan akan mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan yang membawa tema "Satu Hati Satu Harapan" pada 10hb Oktober 2009 jam 7.00 pagi hingga 4.30 petang di Dewan Kolej Komuniti Tawau.


 

Undian

Adakah laman ini berjaya memuatkan infomasi yang diperlukan guru - ibu bapa - pelajar?
 

Acara Terkini

No events

Kata-kata Hikmah

One does not discover new lands without consenting to leave sight of the shore for a very long time.

Andre Gide

Login






Hilang Katalaluan?

Statistik

Ahli berdaftar: 237
Jumlah Berita: 131
Pautan Web: 16
Pengunjung: 519719

Bilangan Online

Ada 15 tetamu online