Skip to content
Anda di laman: Depan
*** Selamat Menjalani Khem Solat Bestari Kepada Semua Pelajar Tahun Empat ***
Kejohanan Bola Sepak Zon Bandar Selatan
Selasa, 02 Mac 2010
K
ejohanan Bola Sepak bawah 12 tahun Peringkat Zon Bandar Selatan Tawau telah diadakan pada 24 hingga 25 Februari 2010 di Padang Sk.Kg.Titingan. Kejohanan tersebut telah dijalankan selama 2 hari dimana Sk.Kg.Titingan telah dipilih sebagai tuan rumah atau selaku penganjur kejohanan Peringkat Zon Bandar Selatan bagi Tahun 2010.

Antara matlamat kejohanan tersebut adalah untuk mencungkil bakat baru dalam arena sukan bola sepak dan sekaligus membentuk satu pasukan yang mantap bagi mewakili Zon Bandar Selatan ke Kejohanan Bola Sepak Daerah Tawau bawah 12 tahun.Sebanyak 8 buah sekolah telah menyertai kejohanan tersebut iaitu Sk.Holy Trinity,Sk.Bandar 2,Sk.Melodi,Sk.Kem.Kabota,SJK( C ) Hing Hwa,Sk.Kinabutan ,Sk.Taman Tawau dan Sk.Kg.Titingan selaku tuan rumah.

Dalam kejohanan tersebut Sk.Holy Trinity telah dinobatkan sebagai juara setelah menewaskan Sk.Kg.Titingan dalam perlawanan akhir yang ditentukan melalui sepakan penalti manakala tempat ketiga disandang oleh pasukan Sk.Kinabutan.Majlis penutupan kejohanan tersebut telah disempurnakan oleh En.Kassim Mat Zin, Penolong Kanan KoKurikulum Sk.Kg.Titingan .

 

Video Sekolah


Copyright vEsti24

Newsflash

Buku Profil Murid
Tuan/puan dijemput hadir ke sekolah untuk tujuan menandatangani Buku Profil anak/pelar jagaan tuan/puan pada hari Sabtu bersamaan 26 Jun 2010 bermula jam 7 pagi.


 
Peperiksaan Semester Pertama
Peperiksaan Semester Pertama bagi sesi Tahun 2010 akan dijalankan pada 24 hingga 27 Mei 2010.


 
Khemah Ibadat
Panitia Pendidikan Islam Sk.Kg.Titingan akan mengadakan Khemah Ibadat untuk pelajar Tahun Enam pada 7hb hingga 8hb Mei 2010.


 
Bulan Pusat Sumber
Pusat Sumber Sek.Keb.Kg.Titingan Tawau akan mengadakan Bulan Pusat Sumber bermula pada 14 April hingga 15 Mei 2010.


 
Sukan Tahunan Sekolah
Majlis Sukan Tahunan SK.Kg.Titingan yang ke 11 akan diadakan pada 30 dan 31 Januari 2010 bertempat di Padang SK.Kg.Titingan Tawau.


 
Hari Ucapan & Penyampaian Hadiah
Majlis Hari Ucapan dan AnugeraH Pelajar Cemerlang Sek.Keb.Kg.Titingan akan diadakan pada 17hb Januari 2010 di Dewan Serbaguna sekolah.


 
Latihan Dalam Perkhidmatan
Warga Sk.Kg.Titingan akan mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan yang membawa tema "Satu Hati Satu Harapan" pada 10hb Oktober 2009 jam 7.00 pagi hingga 4.30 petang di Dewan Kolej Komuniti Tawau.


 

Undian

Adakah laman ini berjaya memuatkan infomasi yang diperlukan guru - ibu bapa - pelajar?
 

Acara Terkini

No events

Kata-kata Hikmah

Good teaching is one-fourth preparation and three-fourths theater.

Gail Godwin

Login






Hilang Katalaluan?

Statistik

Ahli berdaftar: 237
Jumlah Berita: 131
Pautan Web: 16
Pengunjung: 519956

Bilangan Online

Ada 16 tetamu online