| Perutusan Guru Besar |
|
S yukur kehadrat Illahi kerana atas limpah izinnya sekolah kita dapat merealisasikan satu lagi agenda sekolah iaitu dapat menghasilkan Laman Web Rasmi Sekolah Kebangsaan Kg. Titingan, Tawau secara Online. Syabas dan tahniah kepada semua jawatankauasa yang terlibat dalam menghasilkan Laman Web tersebut.Dengan penghasilan Laman Web ini, bermakna sekolah ini telah maju setapak lagi ke hadapan dalam usaha menjadikan sekolah ini khususnya dan negara kita Malaysia amnya untuk menjadi pusat pendidikan yang berkonsepkan IT. Melalui Laman Web ini capaian maklumat akan lebih bercirikan penggunaan teknologi maklumat. Laman Web yang dibangunkan oleh sekolah ini bersifat Mesra Pengguna bagi memudahkan semua golongan pengguna mengakses maklumat yang terdapat di dalam Laman Web tersebut. Ia juga secara tidak langsung mendidik ibu bapa serta masyarakat setempat belajar menggunakan peralatan teknologi maklumat seperti komputer. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua staff khususnya Jawatankuasa Laman Web Sekolah Kebangsaan Kg. Titingan kerana berjaya menghasilkan Laman Web sekolah ini yang penuh dengan maklumat-maklumat yang berguna khususnya kepada warga sekolah serta ibu bapa murid sekolah ini. Saya juga berharap semoga Laman Web sekolah ini akan menjadi Laman Web Sekolah yang terbaik di peringkat Kebangsaan. Sekian dan terima kasih. Samiah Bujing Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kg. Titingan, Tawau. |
“Sometimes one pays most for the things one gets for nothing.”