Skip to content
Anda di laman: Depan arrow Sekolah arrow Sejarah
*** Selamat Menjalani Khem Solat Bestari Kepada Semua Pelajar Tahun Empat ***
Sejarah Penubuhan
Khamis, 22 Februari 2007
    Sekolah Kebangsaan Kg.Titingan, Tawau diwujudkan pada 3 Disember 1990 dan menumpang di SJK (C). Yuk Chin kerana sekolah diwujudkan tanpa bangunan sendiri. Sebelum dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Kg.Titingan, murid-muridnya memulakan sesi persekolahan 1989/1990, di bawah pentadbiran Sekolah Kebangsaan Bandar II yang pada masa itu Guru Besarnya Tuan Haji Abdul Mim Bin Taib. Bilangan murid pada masa itu 337 orang dan lapan buah kelas dengan jumlah guru 12 orang. Fenomena ini berlaku kerana limpahan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Bandar II secara kebetulan mereka datang dari persekitaran Kampung Titingan. Dari sudut geografi pola-pola petempatan mereka kebanyakan murid-murid yang bersekolah di sekolah Kebangsaan Bandar II itu datang dari Kampung Titingan yang dilabelkan sebagai kawasan setinggan.
   
    Pada tahun 1990 hingga 1991 bilangan murid semangkin bertambah dan memaksa pentadbiran SJK(C). Yuk Chin meminjamkan satu blok bangunan enam buah bilik darjah untuk menampung 271 orang murid Tahun  Satu. Pada 13 Ogos  1991 Sekolah Kebangsaan Titingan, Tawau berpindah ke tapak sementara bangunan projek kilat. Tapak ini dipinjamkan oleh Majlis Perbandaran Tawau. Jumlah guru pada ketika itu 27 orang, 14 buah kelas dan  608 orang murid. Pada sesi persekolahan 1994/1995 murid telah bertambah kepada 888 orang , bilangan kelas 20 buah dan jumlah guru seramai 45 orang. Pada tahun 1990 hingga 1995 pentadbiran sekolah mengelami kerumitan kerana murid terus bertambah sehingga mencecah 1118 orang murid dan masih menumpang  dua buah sekolah seperti berikut :
Image
    Pada bulan Januarai 1997 bangunan konkrit tiga blok akademik dan dua blok (12 unit ) Rumah pangsa guru siap dibina. Pada detik ini sekolah dan guru-guru serta murid-murid tersenyum lebar kerana mendapat bangunan baru yang cukup dengan kemudahan prasarana. 
 
MAKMAL KOMPUTER
    Pada tahun 2003  dua buah kelas makmal komputer  telah siap dibina dan digunakan pada tahun 2004.  Sebanyak 42 buah komputer telah dibekalkan .

PRASEKOLAH
    Pada tahun 2004 kelas  prasekolah mula diadakan di sekolah ini, sebuah kelas sahaja, murid seramai 25 orang dan menumpang di bilik darjah. Pada bulan April 2004, bangunan prasekolah telah siap dibina dan murid-murid  prasekolah memulakan pembelajaran di bangunan khas untuk prasekolah.
Pada tahun 2005, sekolah ini mendapat sebuah kelas prasekolah lagi. Pembenaanya bermula bulan November dan  akan digunakan pada tahun 2006. Dengan terbinanya kelas prasekolah ini, murid prasekolah bertambah menjadikannya  50 orang murid.

PUSAT AKSES
    Pusat Akses telah diwujudkan pada Mei 2006 dan dibekalkan dengan 10 buah komputer yang dapat mengakses internet.
 
Image
 
 

Kata-kata Hikmah

I wouldn't call it looting, I would call it survival that was happening.

Corey Nixon (Survivor of the 2005 flood of New Orleans)