Skip to content
Anda di laman: Depan arrow Prasarana arrow Bimbingan & Kaunseling
*** Selamat Menjalani Khem Solat Bestari Kepada Semua Pelajar Tahun Empat ***
Bimbingan & Kaunseling
Jumaat, 23 Februari 2007
PENGENALAN

        Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SK Kg Titingan Tawau diwujudkan pada tahun 1999 dengan Kehadiran En.Nik Jailani Nik Mat yang telah menghadiri beberapa Kursus berkaitan bimbingan dan Kaunseling.Beliau telah mengadakan beberapa program sepanjang bertugas di SK Kg Titingan yang memberi tumpuan kepada murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR.
        Setelah berpindah ke Semenanjung, beliau digantikan dengan Pn Rosnanie Mohd Alie pada tahun 2000 yang tidak mempunyai sebarang pengalaman dan Kursus berkaitan bimbingan dan Kaunseling.Hanya berbekalkan pengalaman sebagai Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Sabah,pihak pentadbir memberi kepercayaan kepada beliau untuk menjalankan tugas sebagai Penyelaras di unit berkenaan.
        Unit Bimbingan dan Kaunseling mempunyai bilik sendiri untuk menjalankan aktivitinya dan berkongsi dengan Unit Disiplin Sekolah(UDS) pada ruang yang bersebelahan.Pada awal pembabitan, Penyelaras lebih menumpukan aktiviti kepada murid Tahun 6 sebagaimana yang telah diadakan oleh Penyelaras terdahulu.
Setelah terpilih untuk mengikuti latihan dalam KDP GBSR selama 14 minggu,Penyelaras mula memberikan perubahan dan memberi tumpuan kepada murid-murid ditahap dua.Selain itu juga UBK bekerjasama dengan UDS,Pusat Sumber,dan Unit Pencegahan Dadah dalam melaksanakan sebarang aktiviti yang berkaitan.
        UBK berjaya melaksanakan sebarang aktiviti dengan kerjasama guru-guru dan perhatian serta sokongan sama ada berbentuk idea dan peruntukan Kewangan daripada pihak pentadbiran SK Kg Titingan Tawau.  

OBJEKTIF

  1. Menyediakan dan merancang    program   dan   aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling  kepada warga sekolah.
  2. Menyediakan perkhidmatan menolong bantu murid dari aspek pengayaan,perkembangan,pencegahan dan pemulihan secara  adil dan sama rata.
  3. Memberikan perkhidmatan yang berkesan demi mempertingkatkan,ketrampilan dan konsep kendiri positif murid.

CARTA ORGANISASI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN KG TITINGAN SESI 2007
 
 
PENASIHAT
PN SAMIAH BUJING
GURU BESAR

PENGERUSI
CIK MASTURA MOHAMAD
PEN KANAN HEM

PENYELARAS
PN ROSNANIE MOHD ALIE
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

AHLI JAWATANKUASA
CIK ANITA YUSUF
USTAZ ROSLI MAJID
PN ROSMAH LATABU 

Image
 

Kata-kata Hikmah

It's never too late to be what you might have been.

George Eliot