|
Jumaat, 23 Februari 2007 |
|
PENGENALAN Dalam Rancangan Malaysia ke-9, Kementerian Pelajaran Malaysia telah merancang dan melaksanakan penubuhan Pusat Akses yang bertujuan merapatkan jurang perbezaan pendidikan antara sekolah bandar dengan luar bandar. SK. Kg. Titingan merupakan salah satu sekolah yang terpilih menjadi projek printis menjadi Pusat Akses di daerah Tawau. Dengan adanya Pusat Akses ini, pelajar serta semua warga sekolah dapat menggunakan serta menikmati kemudahan ICT yang ada disediakan di pusat ini. Semua pengguna akan dapat belajar melalui pembelajaran yang berfokuskan IT serta dapat melayari Internet bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan. VISISekolah Kebangsaan Kg. Titingan, Celik dan Pintar IT. MISIMelalui Visi ini, adalah diharapkan dapat : - Menyediakan prasarana pendidikan berteraskan IT.
- Mewujudkan suasana pembelajaran berkonsepkan IT.
- Melahirkan tenaga guru yang mahir dalam bidang IT.
- Melahirkan pelajar yang menguasai IT.
- Menyediakan sistem pengurusan berasaskan IT.
RASIONALPembestarian sekolah serta melahirkan masyarakat yang dapat membudayakan IT dalam kehidupan seharian sebagai seorang pelajar. MATLAMAT- Merealisasikan matlamat kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Meningkatkan pengetahuan di kalangan pelanggan khususnya murid.
- Memahirkan pelanggan dengan TMK.
- Meningkatkan kepenggunaan TMK.
- Mendedahkan asas pembelajaran akses kendiri dan terarah.
KONSEP- Akses Pembelajaran Kendiri
- Pembelajaran dalam talian
- Maklumat tanpa sempadan
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN- Taklimat penggunaan Pusat Akses
- Taklimat pengenalan kepada Komputer
- Taklimat pengguaan asas Komputer
- Taklimat melayari Internet
- Taklimat cara menyediakan atau membuat e-mail peribadi
- Ruang Bacaan IT
PERATURAN PUSAT AKSES- Sila tanggalkan kasut anda di luar dan disusun dengan kemas.
- Dilarang masuk tanpa kebenaran dan sila pastikan Pusat Akses selamat untuk digunakan.
- Sila pastikan Pusat Akses sentiasa bersih dan dikemas sebelum keluar.
- Pengguna dikehendaki masuk mengikut Jadual Waktu Penggunaan Pusat Akses yang telah disediakan.
- Semua pengguna dilarang meleyari Internet pada alamat-alamat yang tidak bermoral (lucah).
- Pengguna dilarang bermain sebarang perminan atau ‘game’.
- Pengguna dilarang membuat bising dan berlari-lari di dalam Pusat Akses serta dilarang mengusik sebarang wayar elektrik untuk keselamatan.
- Pengguna dilarang membawa sebarang cakera perisian luar masuk dan sebaliknya tanpa izin penyelaras pusat akses atau guru bertugas.
- Pengguna dilarang memasukkan (Install) sebarang program atau perisian tanpa izin penyelaras pusat akses atau guru bertugas.
- Dilarang menukar atau mengubah ‘Setting’ yang sedia ada pada computer berkenaan dan tidak dibenarkan menyentuh ‘skrin’ monitor.
- Pusat Akses adalah kawasan larangan Merokok, Makan dan Minum.
- Sila rekodkan penggunaan anda di Buku Log / Rekod Penggunaan.
- Setiap seorang pelajar hanya dibenarkan menggunakan computer selama sejam (1 jam) secara bergilir-gilir.
- Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada penyelaras Pusat Akses atau kepada guru bertugas.
- Sebelum keluar atau meninggalkan Pusat Akses, sila pastikan Pusat Akses dalam keadaan selamat dan semua punca elektrik dimatikan.
___________________________________________________________________________________________________
|