| Pra-Sekolah |
| Khamis, 01 Mac 2007 | |
|
PENGENALAN. Pembukaan prasekolah SK. Kampung Titingan Tawau telah memberikan peluang kepada kanak-kanak yang berusia di antara 5 hingga 6 tahun mengecapi dunia baru dengan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan dengan kaedah BELAJAR MELALUI BERMAIN. Sekolah Rendah Kampung Titingan mempunyai dua buah kelas. Pada peringkat pertama hanya sebuah bangunan dibuka pada tahun 2004 dan mempunyai 25 orang murid. Kini bilangan kelas bertambah kepada dua apabila sebuah bangunan dibuka pada tahun 2006, turut menambahkan bilangan murid kepada 50 orang murid. Penambahan bilangan kelas membuktikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak sangatlah dititikberatkan oleh pihak sekolah. Bangunan Prasekolah SK. Kampung Titingan dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan untuk memberikan keselesaan kepada murid-murid prasekolah belajar. Ini kerana kemudahan yang lengkap akan memberikan pelbagai manafaat kepada murid-murid terutama di dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid boleh menggunakan pancaindera dan menggunakan semua kemudahan yang disediakan. Selain itu, bangunan Prasekolah SK. Kampung Titingan juga mempunyai tapak bangunan yang tersendiri. Ini bertujuan memudahkan kepada murid-murid melaksanakan aktiviti-aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran tanpa mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Bangunan prasekolah juga berada di tapak bangunan berpagar bertujuan menjaga keselamatan murid-murid supaya mereka tidak mudah keluar tanpa pengetahuan guru atau pembantu pengurus murid. Bangunan Prasekolah SK. Kampung Titingan mempunyai kemudahan yang dilengakapi dengan dapur untuk penyediaan makanan murid-murid prasekolah, dua buah tandas di dalam bangunan, sudut-sudut pembelajaran di dalam kelas dan di luar kelas seperti sudut-sudut bermain pasir dan air. Selain itu, juga disediakan taman untuk permainan luar seperti jongkang-jongkit, papan gelongsor, buaian, jejantas, terowong, palang memanjat dan pondok yang berada di kawasan taman prasekolah. Prasekolah SK. Kampung Titingan mempunyai dua buah kelas, juga mempunyai dua orang guru serta dua orang pembantu pengurus murid. Organisasi Prasekolah SK. Kampung Titingan dipengerusikan oleh Guru Besar SK. Kampung Titingan iaitu Puan Saniah @ Samiah Bujing, dibantu oleh guru prasekolah serta waris murid yang bersekolah di Prasekolah tersebut. CARTA ORGANISASI DAN TAKWIM PRA SEKOLAH 2007 |
“The future of work consists of learning a living.”